Most inefficient MPKj

ADUAN MENGENAI RESTORAN MENGHALANG LALUAN JALAN AWAM Kita dengan
hormatnya hendak menarik perhatian tuan kepada suatu aktiviti perniagaan
Restoran yang telah melanggar undang-undang kawalan Daerah Majlis
Perbandaran Kajang. Kedai yang berkenaan ialah RESTORAN KFL yang berada di
alamat 52, Jalan Emas 5, Taman Emas, Cheras 8 1/2 mile, Selangor. Kedai ini
telah menggunakan kaki lima atau koridor untuk letak gerai gerai makanan.
Salah satu daripada gerai yang di hujung sekali telah meletakkan tong gas
dan dapur bersama periuk berisi air panas menghadapi tempat awam. Tempat
orang awam naik turun ke tingkat atas kedai dapati kesusahan keluar masuk,
disebabkan oleh asap panas dari periuknya. (Rujuklah foto yang
dilampirkan). Penghuni ingin tahu adakah gerai-gerai boleh di letakkan
supaya menghadap laluan orang awam, kadangkala meja kerusi pula di letakkan
di tengah-tengah jalan, ini menyusahkan kita penghuni di atas. Adakah kita
tidak perlu bayar cukai pintu? Adakah Restoran KFL ini telah bayar cukai
pintu bagi tempat bukan hakmiliknya? Walaupun sejak Restoran ini dibuka
pada 30hb Okt 2004, kita pernah membuat aduan berulang kali, pihak MPKj
cuma mengambil tindakan sebanyak 3 kali, dengan tindakan itu Restoran dan
pemilik gerai-gerai juga pernah mengalihkan benda-benda yang menjadi
halangan, tetapi hanya untuk buat sementara masa. Mereka asyik mencabar
perundangan pihak penguatkuasa sebaik saja pegawai-pegawai MPKj pergi dari
sana. Biarkan sesiapa pun tahu bahawa pegawai MPKj tidak ada masa untuk
melakukan rampasan setiap hari, maka begitulah peniaga-peniaga bertindak
seumpama tiada kerajaan di daerah ini. kita ingin tahu adakah MPKj berhati
tikus terhadap pemilik Restoran ini, ataupun mereka begitu kaya dan
berkuasa sehingga pegawai-pegawai MPKj tidak dapat mejalankan tugas mereka?
Adakah ini cara kita menyambut Wawasan 2020?

Comments